.My Storyy.
Thursday, February 08, 2007
Faedah-faedah memahami dan menghormati perayaan sesuatu bangsa di Singapura

Satu ciri unik masyarakat Singapura ialah kepelbagaian jenis kaum. Pihak kerajaan sering mengadakan kempen dan aktiviti-aktiviti untuk mengeratkan persekutuan di antara kaum-kaum. Tabiat ini telah merebak kepada sekolah-sekolah di seluruh Singapura.

Baru-baru ini, sekolah kami telah mengadakan satu pertandingan menyanyi. Semua kelas akan menyanyi sebuah lagu Tahun Baru Cina dalam bahasa-bahasa yang lain. Dengan menjalankan aktiviti ini, kaum-kaum lain akan belajar tentang Tahun Baru Cina. Selain itu, semua murid-murid boleh mempelajari bahasa dan adat resam kaum yang lain. Ini memupuk perpaduan, persefahaman selain menjalin ikatan persahabatan dan kemesraan di anatara kaum–kaum.

Dengan menghormati serta memahami perayaan bangsa-bangsa lain di Singapura, rakyat boleh bersikap toleransi dan hidup bersama-sama dalam keadaan aman dan harmoni.

Mari kami semua menyambut Tahun Baru Cina dengan hati yang bertoleransi!

.Sharing My Storyy With You.

Friday, October 13, 2006
Persiapan untuk ujian

Murid-murid selalu tidak menyukai bulan-bulan Oktober dan November. Bulan-bulan ini merupakan bulan yang akan menentukan nasib murid-murid - bulan ujian.

Ujian direka untuk menguji kefahaman seseorang tentang sesuatu subjek. Walaubagaimanapun, ini telah menambahkan tekanan yang besar kepada murid-murid. Setiap kali ujian menjelang, ramai murid-murid berasa stress. Aku pun tidak terkecuali. Ramai kawan-kawanku berasa bahawa antik-antikku menjadi lebih kelakar dan gila!

Kali ini, aku hanya perlu mengulang kaji untuk empat mata pelajaran. Namun, aku mesti membuat persiapan yang lanjut. Aku telah membuat jadual waktu untuk mengulang kaji mata pelajaran tertentu. Projek-projek dan kerja rumah disiapkan lebih awal supaya lebih masa boleh diluangkan untuk mengulang kaji.

Adakah perperiksaan telah menjadi kebudaayan masyarakat moden? Bilakah pelajar dapat dibebaskan dari kurungan ini

Hari mendung setiap hari,
harapkan hujan ceriakan udara.
Ujian mengharu hati setiap kali,
Bilakah bebanni dapat ditanggal?

.Sharing My Storyy With You.

Monday, September 04, 2006
Cikgu

Semenjak hari pertama aku menjejak kaki di sekolah, aku sudah mulai menghormati dan menyanjungi guru kerana pengalamanku. Guru darjahku pada darjah satu ialah Puan Mizlan. Dia bukan sahaja berdedikasi, malah sabar dan penyayang. Pada hari pertama aku di sekolah, sekolah berlepas lebih awal pada bulan puasa. Hanya aku ketinggalan di dalam bilik darjah. Aku berasa takut dan cemas apabila ibubapa tidak datang menyambutku. Apabila aku nyaris menangis, Puan Mizlan datang memujukku. Aku memang bersyukur kerana dapat menemui guru yang begitu sayang kepada muridnya!

Guru memainkan peranan yang amat penting di dalam masyarakat. Bukan sahaja mereka bertanggung jawab menyampaikan pengetahuan kepada murid-murid, mereka juga menyemaikan ciri-ciri budi bahasa. Guru sering dijadikan teladan untuk murid- murid. Kata-kata dan nasihat selalu dipegang sebagai pedoman. Tidak hairanlah sesetengah ibubapa menghadapi masalah apabila cuba mengubah sikap anak-anak mereka tentang sesuatu, anak-anak mereka memberi alasan, “Cikgu kata begitu.”

Sekarang, aku berasa mujur kerana aku dapat belajar di Sekolah Tinggi NUS di mana guru-guru berdedikasi dan penyayang belaka. Malah, sanubariku melaungkan pohonan kepada guru-guru:

Sayang banyak-banyak
Kerja rumah sikit-sikit;
Marah jarang-jarang.
Hukum jangan sekali
kerana
“ saya budak baru belajar,
kalau salah, tolong tunjukkan.”

Terima kasih , cikgu.

.Sharing My Storyy With You.

Tuesday, August 29, 2006
Seorang Tokoh yang aku kagumi

Seorang tokoh politik yang sering menimbul di hatiku ialah Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Beliau seorang putera berasal dari negeri Kedah, Malaysia. Beliau telah berjuang untuk mencapai kermerdekaan negara Malaysia pada tahun 1957.

Pada pendapat saya, keagongan seseorang tokoh hanya dapat diuji selepas tokoh tersebut meninggal dunia. Seorang tokoh yang sering diingati dan disanjungi walaupun beliau telah lama meninngal ialah bukti dan tanda keagongannya. Tunku, ialah tokoh demikian.

Walaupun dunia sekarang berada dalam alaf yang baru, tetapi manusia belum lagi dapat dibebaskan dari kurungan masalah perkauman. Maklumlah bahawa Tunku disayangi oleh semua rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa dan kaum. Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa di sebuah negara yang terdiri daripada berbagai kaum . Tunku berhasrat membawa muhibbah di masyarakat majmuk di Malaysia. Ideologinya diamalkan di keluargnya sendiri di mana orang gajinya and penolong-penolong nya terdiri daripada berbagai kaum. Malah, isteri Tunku pun terdiri daripada berbagai kaum!

Mengikut pekerja-pekerja yang pernah berkhidmat untuk Tunku, beliau seorang peramah dan baik hati.

Sebagai seorang putera, Tunku bergaul dan beramah dengan orang awam, dan mempunyai ideology yang luhur supaya menyatu-padukan negara. Dibandingkan dengan banyak pemimpin di dunia sekarang yang mempunyai pandangan yang sempit, yang mengexpoitasikan masalah perkauman, Tunku merupakan tokoh yang unik !!!


.Sharing My Storyy With You.

Wednesday, August 09, 2006
Tanggungjawab aku sebagai seorang belia Singapura

Setiap hari, murid-murid sekolah akan menyanyi lagu negara. Sebagai seorang warganegara Singapura, mereka sepatutnya berdiri tegak dan menyanyikan lagu negara dengan kuat dan penuh hormat. Namun, aku masih melihat segelintir murid yang enggan membuat begitu.

Inilah tabiat generasi kini - langsung tidak menghormati negara. Apa sahaja yang tidak disukai, mereka akan mengadu kepada pihak berkuasa. Mereka tidak bertoleransi dan bertimbang rasa. Generasi kini terlalu dimanjakan oleh kerajaan. Mereka tidak pernah merintangi sebarang kesusahan. Semua keperluaan mereka sudah disediakan.

Walaubagaimanapun, mereka tetap menyalahkan kerajaan. Mereka telah melupakan jasa-jasa kerajaan. Jika bukan kerana kerajaan ini, generasi kini tidak wujud sekarang. Kerajaan inilah yang mencapai kemerdekaan untuk Singapura. Kerajaan inilah yang mengubah nasib negara ini supaya menjadi sebuah bandar yang pesat membangun.

Sebagai golongan muda, belia merupakan penyambung pucuk pimpinan negara. Mereka bakal menjadi pemimpin-pemimpin negara. Oleh itu, belia Singapura perlu dilatih dan diasuh. Mereka perlu ditanamkan nilai-nilai murni dan sikap hormat dan positif pada sanubari masing-masing.

Marilah kita menyambut Hari Kebangsaan kita dengan janjian menjadi belia yang bertanggungjawab.

.Sharing My Storyy With You.

Saturday, July 29, 2006
Tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar

Baru semalam, Mr. Lim memarahi kami kerana sikap kami yang tidak bertimbang rasa. Beliau memberikan contoh penggunaan lif. Beliau berkata bahawa tiada sesiapa pun yang sudi keluar dari lif supaya seorang guru ataupun murid boleh memasuki lif. Aku memang memahami perasaan Mr. Lim.

Setiap hari, aku menghadapi masalah mengambil lif. Lif selalu dipenuhi orang. Oleh itu, aku tidak suka mengambil lif walaupun kelas aku terletak di tingkat lima. Kadangkala, aku ternampak beberapa murid yang mengambil lif untuk satu tingkat sahaja! Murid-murid seperti inilah yang menyebabkan lif menjadi sesak.

Kami sebagai murid mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab kami bukan sahaja untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mencapai kejayaan tetapi juga untuk menghormati kawan-kawan dan guru-guru kami serta menyayangi sekolah ini.

Disiplin merupakan tanggungjawab yang utama. Dengan rancangan masa yang baik, pasti kami berjaya dalam pelajaran kami.Dengan berdisiplin, seseorang murid pasti berbudi bahasa, berakhlak dan berwatak baik. Jika setiap murid dapat bertanggungjawab, masyarakat ini pasti lebih sejahtera dan negara akan menjadi lebih maju.

Aku masih teringat satu kejadian yang berlaku tahun lepas. Sekumpulan lelaki memperoleh gambar-gambar beberapa guru lalu mengubahkan badan guru-guru dengan Photoshop. Selepas itu, mereka mengedarkan gambar-gambar yang diubahkan melalui telefon bimbit. Apabila pihak yang berkuasa telah mendapat tahu tentang kegiatan itu, tindakan disiplin diambil terhadap murid-murid tersebut.

Walaupun murid-murid itu hanya membuat begitu sebagai hiburan, mereka telah melampaui batasan. Mereka tidak menghormati guru-guru langsung.

Marilah kami menjadi murid yang bertanggungjawab demi kami sendiri dan
juga masyarakat!

.Sharing My Storyy With You.

Friday, July 21, 2006
Seorang yang kusayangi

Sayang. Apakah maksud perkataan ini? Untuk aku, sayang adalah apabila seseorang akan membuat apa-apa sahaja demi orang yang dikasihinya.

Siapakah yang kamu sayangi? Banyak betul jawapan yang boleh diberi tetapi hanya dua orang sahaja yang aku paling sayangi.

Mereka yang paling memahami perasaanku. Setiap kesukaanku dan kebencianku pun diketahui mereka.

Mereka yang mendorongku, membimbingku dan menolongku. Apabila aku ditimpa oleh masalah, mereka yang mendengar luahan aku dan menasihatiku.

Mereka juga memarahiku. Kadangkala, aku mendengki perbuatan mereka itu tetapi akhirnya, aku memahami bahawa mereka hanya membuat begitu untuk kebaikan aku.

Mereka yang menyara hidupku ini. Mereka yang memberi hidup kepadaku.

Aku mesti menghargai mereka.

Terima kasih, ibu dan ayah.

.Sharing My Storyy With You.

Y THE PeopleY


` Yann
` blah blah
` blah blah
` blah blah

Y LOVES & DISLIKES


` blah blah
` blah blah
` blah blah
` blah blah
` blah blah

Y LINKS!


rashidah
asmidah
cikgu rohaida
` Name
` Name
` Name
` Name

Y Tag




MEMORIES!


July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
February 2007


CREDITS!


designed by:` Yann
Code from:` Yee Ping