Monday, September 04, 2006
Cikgu
Semenjak hari pertama aku menjejak kaki di sekolah, aku sudah mulai menghormati dan menyanjungi guru kerana pengalamanku. Guru darjahku pada darjah satu ialah Puan Mizlan. Dia bukan sahaja berdedikasi, malah sabar dan penyayang. Pada hari pertama aku di sekolah, sekolah berlepas lebih awal pada bulan puasa. Hanya aku ketinggalan di dalam bilik darjah. Aku berasa takut dan cemas apabila ibubapa tidak datang menyambutku. Apabila aku nyaris menangis, Puan Mizlan datang memujukku. Aku memang bersyukur kerana dapat menemui guru yang begitu sayang kepada muridnya!
Guru memainkan peranan yang amat penting di dalam masyarakat. Bukan sahaja mereka bertanggung jawab menyampaikan pengetahuan kepada murid-murid, mereka juga menyemaikan ciri-ciri budi bahasa. Guru sering dijadikan teladan untuk murid- murid. Kata-kata dan nasihat selalu dipegang sebagai pedoman. Tidak hairanlah sesetengah ibubapa menghadapi masalah apabila cuba mengubah sikap anak-anak mereka tentang sesuatu, anak-anak mereka memberi alasan, “Cikgu kata begitu.”
Sekarang, aku berasa mujur kerana aku dapat belajar di Sekolah Tinggi NUS di mana guru-guru berdedikasi dan penyayang belaka. Malah, sanubariku melaungkan pohonan kepada guru-guru:
Sayang banyak-banyak
Kerja rumah sikit-sikit;
Marah jarang-jarang.
Hukum jangan sekali
kerana
“ saya budak baru belajar,
kalau salah, tolong tunjukkan.”
Terima kasih , cikgu.
.Sharing My Storyy With You.