Saturday, July 29, 2006
Tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar
Baru semalam, Mr. Lim memarahi kami kerana sikap kami yang tidak bertimbang rasa. Beliau memberikan contoh penggunaan lif. Beliau berkata bahawa tiada sesiapa pun yang sudi keluar dari lif supaya seorang guru ataupun murid boleh memasuki lif. Aku memang memahami perasaan Mr. Lim.
Setiap hari, aku menghadapi masalah mengambil lif. Lif selalu dipenuhi orang. Oleh itu, aku tidak suka mengambil lif walaupun kelas aku terletak di tingkat lima. Kadangkala, aku ternampak beberapa murid yang mengambil lif untuk satu tingkat sahaja! Murid-murid seperti inilah yang menyebabkan lif menjadi sesak.
Kami sebagai murid mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab kami bukan sahaja untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mencapai kejayaan tetapi juga untuk menghormati kawan-kawan dan guru-guru kami serta menyayangi sekolah ini.
Disiplin merupakan tanggungjawab yang utama. Dengan rancangan masa yang baik, pasti kami berjaya dalam pelajaran kami.Dengan berdisiplin, seseorang murid pasti berbudi bahasa, berakhlak dan berwatak baik. Jika setiap murid dapat bertanggungjawab, masyarakat ini pasti lebih sejahtera dan negara akan menjadi lebih maju.
Aku masih teringat satu kejadian yang berlaku tahun lepas. Sekumpulan lelaki memperoleh gambar-gambar beberapa guru lalu mengubahkan badan guru-guru dengan Photoshop. Selepas itu, mereka mengedarkan gambar-gambar yang diubahkan melalui telefon bimbit. Apabila pihak yang berkuasa telah mendapat tahu tentang kegiatan itu, tindakan disiplin diambil terhadap murid-murid tersebut.
Walaupun murid-murid itu hanya membuat begitu sebagai hiburan, mereka telah melampaui batasan. Mereka tidak menghormati guru-guru langsung.
Marilah kami menjadi murid yang bertanggungjawab demi kami sendiri dan
juga masyarakat!
.Sharing My Storyy With You.
Friday, July 21, 2006
Seorang yang kusayangi
Sayang. Apakah maksud perkataan ini? Untuk aku, sayang adalah apabila seseorang akan membuat apa-apa sahaja demi orang yang dikasihinya.
Siapakah yang kamu sayangi? Banyak betul jawapan yang boleh diberi tetapi hanya dua orang sahaja yang aku paling sayangi.
Mereka yang paling memahami perasaanku. Setiap kesukaanku dan kebencianku pun diketahui mereka.
Mereka yang mendorongku, membimbingku dan menolongku. Apabila aku ditimpa oleh masalah, mereka yang mendengar luahan aku dan menasihatiku.
Mereka juga memarahiku. Kadangkala, aku mendengki perbuatan mereka itu tetapi akhirnya, aku memahami bahawa mereka hanya membuat begitu untuk kebaikan aku.
Mereka yang menyara hidupku ini. Mereka yang memberi hidup kepadaku.
Aku mesti menghargai mereka.
Terima kasih, ibu dan ayah.
.Sharing My Storyy With You.
Wednesday, July 12, 2006
Aku
Aku selalu bertanya, "Siapakah aku?" "Mengapakah aku di dunia ini?" "Apa maksud kehidupanku?"
Setiap kali, aku berasa bingung. Jawapan tidak bolehku cari dari mana-mana. Adakah kami manusia hanya dicipta sebagai permainan seorang yang amat berkuasa? Adakah aku mengawali mindaku ataupun mindaku yang mengawal aku?
Kadangkala, aku berasa tiada makna dalam hidupku ini. Adakah aku hanya ingin mencapai edukasi yang bagus, perkerjaan yang baik dan rumah tangga yang bahagia? Inikah yang bermaksud kehidupan?
Aku tahu kehidupan ini dipenuhi dengan kegembiraan dan kesedihan. Aku tahu dunia ini tidak adil. Mengapakah ianya begitu?
Aku tidak faham. Aku hanya tahu hati aku masih berdegap-degup. Aku tahu aku mesti hidup.
.Sharing My Storyy With You.
Thursday, July 06, 2006
Nasib baik saya tidak payah mengambil module Matematik itu. Sekarang, saya boleh belajar Bahasa Melayu dengan Rashidah! Bagus!
Semalam, kelas saya menulis surat kepada Prof Lai kerana kami tidak bersetuju dengan perubahan kelas kami. Oleh itu, ramai orang sudah membubuh tandatangan mereka pada surat itu. Saya rasa bahawa sekolah ini tidak menunaikan janji mereka. Mereka berjanji bahawa kami akan selalu dalam kelas masing-masing selama enam tahun. Sekarang, mereka ingin menukar kelas kami. Lagipun, mereka ingin meletakkan kami dalam kelas berdasarkan CAP kami! Ini memang seperti sekolah-sekolah yang biasa. Apakah keunikan sekolah kami? Lagipun, ramai orang sudah mengatakan bahawa sistem ini tidak baik. Mengapakah kami hendak mengikuti sesuatu yang sudah dikatakan tidak baik??
Kami baru sahaja mengenali murid-murid di kelas kami dengan lebih baik. Kami cintai kelas kami. Sekarang, sekolah ini ingin memisahkan kami semua.
Saya tidak memahami sekolah ini.
.Sharing My Storyy With You.
Tuesday, July 04, 2006
Cikgu, ini ialah blog saya. Maafkan saya kerana tidak meletakkan lagu "Cindai" ke dalam blog ini, Cikgu. ( Ketawa ) Apa yang patut saya tulis ke dalam blog ini?
.Sharing My Storyy With You.